Isnin, 13 Oktober 2014

'PORAK' bantu jimat perbelanjaan dapur TABIKA

Program Bumi Hijau menerusi penanaman 'porak' dilihat satu cara terbaik bagi masyarakat  untuk mengoptimumkan penggunaan kawasan tanah biarpun terhad di kawasan perumahan dan kawasan TABIKA.

Sistem 'porak' atau 'poghak' bukan sesuatu yang asing buat masyarakat, malah amat sesuai dilakukan di kampung mahupun di kawasan bandar biarpun keluasan tanah agak terhad. Porak dilihat satu cara terbaik bagi TABIKA KEMAS mengoptimumkan penggunaan kawasan tanah biarpun terhad di kawasan TABIKA.

Kanak-kanak TABIKA sedang menjirus tanaman kebun sayur mereka

Amalan seperti ini sebenarnya pernah dilakukan satu ketika dahulu namun kaedah berkenaan kurang dipraktikkan sejak kebelakangan ini. Amalan berkenaan dilihat satu cara terbaik mengurangkan kos sara hidup selain menjimatkan perbelanjaan tabika bagi mendapat bahan bekalan makanan.

Kerajaan turut menggalakkan penduduk berjimat cermat dengan bercucuk tanam pada masa yang sama dan memberi galakkan masyarakat untuk bercucuk tanam menerusi pemberian anak benih dan sebagainya.

Tanaman yang telah membuahkan hasil dan amat mudah ditanam, cabai dan bendi.

Aktiviti bercucuk tanam bukan sahaja khusus untuk penduduk kampung, malah ia harus dilaksanakan kepada penduduk yang tinggal di taman-taman perumahan dan di premis-premis kerajaan. Justeru, penduduk kampung atau di taman-taman harus menghidupkan kegiatan porak atau kebun kecil di rumah masing-masing bagi menggalakkan amalan berjimat cermat.


Kanak-kanak sedang memperindahkan lanskap tanaman dan bunga-bungaan mereka di TABIKA

Kanak-kanak sedang mewarna batu, salah satu cara mengindahkan tanaman yang ditanam

Kerajaan hanyalah membekalkan keperluan asas, kemudian penduduk itu perlulah membuat inisiatif untuk memperkembangkan pertanian mereka. Kita simpan dan biakkan benih untuk penanaman seterusnya, kita juga galakkan orang kampung supaya jangan berhenti untuk menanam tambahan pula ia merupakan amalan turun-temurun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAHABAT CYBER