Jumaat, 3 Oktober 2014

Majlis Tahlil dan Arwah ~ Haniza Amri

Hari ini menziarahi keluarga arwah Haniza bt Amri (bekas Penyelia PPDP KEMAS Ipoh Barat) yang telah meninggal dunia pada 10.09.2014, semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solihin... 




Terima kasih kepada semua kawan2 yang sudi datang ke Majlis Tahlil dan Arwah di rumah keluarganya di Kg. Kepayang Fair Park, Ipoh. Pihak keluarga juga mengucapkan ribuan terima kasih atas kunjungan kakitangan KEMAS Perak ke majlis tersebut.


Bacaan Yassin dan Doa Tahlil telah dipimpin oleh Ustaz Syahrizal, Penyelia Bina Insan KEMAS Parlimen Ipoh Barat. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pengarah KEMAS Negeri Perak, Tuan Ahmad Kamal Idris b. Hj Mohd Nawawi, Penyelia-Penyelia Kanan KEMAS Negeri Perak, serta kakitangan KEMAS Perak.


Tuan Pengarah turut mengambil kesempatan, beramah mesra bersama ahli keluarga arwah Pn. Haniza serta memberikan kata-kata semangat agar mereka sekeluarga tabah menghadapi ujian ini. sehubungan dengan itu juga, Tuan Pengarah turut menyampaikan sumbangan dari KEMAS Negeri Perak kepada keluarga arwah.


Kami merasakan kehilangan ini dekat di hati kami. Terlalu banyak kenangan bersama arwah yang tidak mungkin akan dapat dicoretkan disini. Menyingkap kembali sejarah arwah bersama KEMAS, beliau mula dilantik pada pada tahu 1999 sebagai Pemaju Masyarakat Pusat Sumber dan kemudian nya dinaik kan kepada jawatan Penyelia Dun Perhubungan Kepayang pada tahun 2006. 

Arwah telah meninggalkan suami, En Samsudin b. Hasan dan 5 orang anak. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAHABAT CYBER