Rabu, 12 November 2014

AMUKAN SELADANG! Kontijen KEMAS PERAK - HARI POTENSI KEBANGSAAN 2014


AMUK SELADANG! Kontijen Kemas Perak sudah mula bergerak menyahut cabaran HARI POTENSI KEMAS PERINGKAT KEBANGSAAN 2014 di Kelantan, bermula  dari tarikh 12 hingga 16 November 2014



Kumpulan Tarian dari KEMAS Perak di wakili oleh Tabika KEMAS Parlimen Parit dan Tabika KEMAS Bagan Serai ~ Seramai 14 orang kanak-kanak terlibat di dalam kumpulan tarian ini ~ Guru-guru pengiring yang akan ke Kelantan bagi kumpulan ini adalah Pn. Suzana (Parit), Pn. Normah (Bagan Serai), Pn. Hamidah (Bagan Serai) serta Pn. Salbiah Mohd Salleh (Penyelia PraSekolah KEMAS Parlimen Parit)  

Sedikit info Kumpulan Tarian dari KEMAS Parlimen Parit :

** Juara Potensi Peringkat KEMAS Negeri
** Juara Potensi Peringkat Zon C
** Juara Potensi Peringkat Dun dan Daerah
** Kumpulan Tarian Jemputan sempena Hari Promosi Kraf Malaysia 2014 di Angsana Mall dan Jemputan di Hari Kesihatan UTP dan sedang menunggu    jemputan bulan Disember ini...tunggguuuuu!




Semoga adik-adik beroleh kejayaan diatas segala usaha yang telah dilakukan sejak sebulan yang lepas. Terima kasih juga kepada Tenaga Pengajar Kumpulan Tarian ini iaitu EN. FENDI yang telah berusaha ke tahap yang maksimum bagi memastikan kejayaan kumpulan tarian ini.....go go go PERAK! 

"KEMAS PERAK MEMBURU EMAS"






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAHABAT CYBER