Selasa, 11 November 2014

SELAWAT PERDANA "GUINNESS BOOK OF RECORDS"

KEMAS Perak ke arah mencatat "The Malaysia Guinness Book of Records 2014". Selawat dan Bacaan Doa oleh lebih 1,000 kanak-kanak Tabika KEMAS seluruh Negeri Perak 
pada 20 November 2014 di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak


Lebih seribu kanak-kanak Tabika KEMAS seluruh Negeri Perak akan terlibat di dalam menjayakan program yang akan diadakan pada 20hb November 2014 nanti yang bertempat di Stadium Indera Mulia, Ipoh. Zon C terdiri daripada KEMAS Lumut, Beruas, Parit, Pasir Salak, Bagan Datoh dan Teluk Intan telah mengadakan latihan selawat peringkat zon pada 10/11/2014 di Dewan Melinium, Pejabat Daerah Kampung Gajah. Seramai 250 kanak-kanak terlibat di dalam latihan semalam.




Kanak-kanak ini akan berselawat dan membaca doa-doa harian serta pengertiannya pada malam 20/11/2014 ini nanti. Jadi kepada ibubapa dan semua Warga KEMAS serta Jawatankuasa Aktiviti KEMAS adalah dijemput hadir bagi memeriahkan malam Selawat Perdana Kanak-kanak Tabika KEMAS Negeri Perak yang akan di hadiri lebih dari 1000 kanak-kanak TABIKA KEMAS seluruh Negeri Perak

Adalah didoakan semoga semuanya akan berjalan dengan lancar dengan izinNya dan alhamdulillah atas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak termasuk kanak-kanak Tabika, Ibubapa, Ahli jawatankuasa serta semua warga KEMAS yang telah bertungkus lumus sejak awal tahun lagi...insyaAllah....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAHABAT CYBER