Pejabat KEMAS Parlimen Parit menjadi pusat pengumpulan barang-barang untuk disumbangkan kepada mangsa-mangsa banjir, kepada orang ramai yang berminat untuk menghulurkan bantuan bolehlah datang ke Pejabat KEMAS Parit atau telefon pejabat 053761120.
Sumbangan boleh dibuat dengan menghulurkan bantuan dari segi kewangan, barang peralatan, pakaian, pampers, pad, beras, gula, roti, sardin, minyak masak, sabun, serta keperluan harian lain.... moga sumbangan kita nanti hanya Allah yang membalasnya.... amin...
Banjir di Batu 16 Lambor Kanan |
Banjir di Kg. Teluk Kepayang, rumah Pemaju Masyarakat Tabika - Pn. Sameyah
Sepuluh tahun lalu 26 Disember 2004 TSUNAMI telah membadai Acheh Indonesia, Phuket Thailand, Kota Kuala Muda + Balik Pulau Malaysia menyaksikan lebih 250 ribu kehilangan jiwa merupakan bencana ujian Allah terbesar dalam abad 21.
Dalam minggu ini pula banjir telah melanda Pantai Timur Malaysia dan merupakan antara yang terbesar melanda sejak 30 tahun yang lalu. Apakah ini ujian dan dugaanNya....... kepada semua umat Islam, bangunlah dan janganlah kita leka dan hendaklah sentiasa bersiapsiaga serta taat dan mengabdikan diri kepadaNya. Kejadian yang berlaku kepada negara sekarang sudah pasti ada hikmah disebaliknya, belajarlah kita semua..
Banjir di Tabika KEMAS Kg. Teluk Kepayang - PM Tabika Pn. Paiazah Pait
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...semoga semua mangsa banjir tabah serta sentiasa bersabar dengan dugaanNya. Keselamatan diri dan keluarga hendaklah sentiasa diperhatikan, nyawa kita lebih berharga daripada nilai harga barangan...... pastikan anak-anak sentiasa bersama kita setiap masa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan