Kakitangan KEMAS Negeri Perak bertungkus-lumus dari awal pagi mengangkut dan mengagihkan sumbangan bantuan daripada org perseorgan utk diberi kpd mangsa banjir di seluruh Negeri Perak. Agihan akan dibuat mengikut 3 Zon. Terima kasih kpd yg membuat sumbangan... kawan2.. sedara2... kaum keluarga yg memberi sumbangan. InshaAllah kami akan cuba sampaikan hajat2 tersebut.
Antara keperluan mendesak adalah makanan kerana dijangka ramai lagi mangsa banjir akan ditempatkan di pusat penempatan banjir di Parit dan Pasir Salak
Kepada yang ingin menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di Negeri Perak, boleh hantar barangan ke pejabat KEMAS Negeri Perak, tingkat 2, bangunan Persekutuan Greentown Ipoh. atau ke pejabat-pejabat KEMAS yang berada dikawasan seluruh Negeri Perak. Selain itu banyak agensi kerajaan dan NGO yg juga mengumpulkan barangan dan sumbangan. Tp kalau nak menyumbang melalui KEMAS adalah sangat-sangat dialukan. Terima kasih, semoga sumbangan kita ini meringankan beban mereka yang memerlukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan