Selasa, 30 Disember 2014

HIKMAH BANJIR....

Macam-macam kejadian dan peristiwa yang berlaku semenjak berlakunya banjir yang bermula pada 24 Disember 2014. Disini dapat dilihat dipaparkan sedikit sebanyak peristiwa yang berlaku di sekitar Parlimen Parit. 

Gambar bawah : Tabika KEMAS Teluk Kepayang menjadi salah satu tabika yang banjir di Parlimen Parit. Banyak peralatan yang tidak dapat diselamatkan kerana air naik dengan cepat dan berlaku di waktu tengah malam.







Gambar bawah : Kampung Nyior Tanjung Belanja, Parit Perak mulai surut akan tetapi masih ada penduduk yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sekolah Kebangsaan Tanjung Belanja sehingga hari ini 30/12/2014. Selain daripada itu ramai juga penduduk yang mula menangkap ikan seakan-akan berpesta. 

PESTA menangkap ikan bermula setelah air surut...nampaknya lumayan hasil tangkapan hari ini yop!!!





Gambar bawah : di Pejabat KEMAS Pasir Salak sumbangan makanan kering banyak diterima dari orang perseorangan dan agensi-agensi yang membantu. Terima kasih juga kepada kakitangan KEMAS yang bertungkus lumus memasak untuk mangsa banjir dan dibantu oleh MBI Ipoh untuk tugas-tugas memasak untuk diedarkan kepada mangsa banjir di MRSM Pasir Salak sehingga hari ini 30.12.2014





Gambar bawah : KEMAS Parlimen Beruas juga turut membantu menyediakan juadah makanan untuk disumbangkan kepada mangsa banjir di Pasir Salak dan diserahkan kepada PKM Pasir Salak sebagai pusat pengumpulan bahan makanan untuk edaran kepada mangsa banjir. Gambar bawah menunjukkan kakitangan KEMAS Beruas serta Jawatankuasa Zon Beruas dan Zon Ayer Tawar memasak di Pusat Masakan Pejabat KEMAS Beruas dan di kelas Tabika Beruas 1 dan 2 pada 30.12.2014 jam 9.00pg.







Gambar bawah : 29.12.2014 Dato' Aznil Nawawi @ ‪#‎PAKNIL‬ membeli barang-barang makanan & kelengkapan sekolah kanak-kanak mangsa banjir untuk disumbangkan kepada mangsa banjir di DUN Bota.








Gambar bawah : Sekitar lawatan Sultan Perak dan Perdana Menteri Malaysia ke pusat pemindahan banjir di SK. Lambor Kanan dan MRSM Pasir Salak............













Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAHABAT CYBER