Ahad, 21 Disember 2014

KELAS MEMASAK di KEMAS PARIT

Ok minggu ne Kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK) akan mengajar cara-cara membuat ROTI BERINTI yang berbentuk ikan. Anak-anak di rumah mesti suka ni, sebab rotinya berbentuk ikan!


Tenaga Pengajar untuk demonstrasi masakan ini adalah Pemaju Masyarakat PKK KEMAS Parlimen Parit iaitu Pn. Ramalah bt Jidi. Pada kali ini beliau mengadakan demonstrasi memasak di Kelas PKK Bandar Universiti. Ramai kaum ibu datang mempelajari menu-menu terbaru dari Cekgu Ramalah.




Untuk Pengetahuan , segala jenis aktiviti yang dilakukan di dalam Kelas PKK ini begitu menguntungkan, ini adalah kerana pelbagai aktiviti dilaksanakan bagi memberi kemahiran kepada golongan wanita untuk mempelajari ilmu dan kemahiran baru. Selain itu dengan adanya aktiviti ini, golongan wanita dapat mengembangkan kemahiran yang di pelajari ke bidang perniagaan secara kecil-kecilan pula.



KEMAS mewujudkan kelas-kelas kemahiran seperti Kelas Komputer, Kelas kemahiran menjahit, kelas masakan dan kelas pendidikan kesejahteraan keluarga (PKK) adalah untuk membantu golongan wanita agar melibatkan diri dalam perniagaan bagi membantu meningkatkan ekonomi keluarga.


Alhamdulillah, ada peserta yang telah berjaya mengembangkan perniagaan bermula dari kecil-kecilan sehinggalah mempunyai kedai untuk mengembangkan perniagaannya, contohnya seperti Qisdina Pastri yang terletak di Taman Indera Putera, yang mana telah mendapat bantuan berupa peralatan untuk perniagaannya di dalam bidang pembuatan pastri dan kek.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAHABAT CYBER