Ahad, 21 Disember 2014

CAREERNIVAL PROMOSI TABIKA DAN TASKA KEMAS 2015


Program Bright Kids Careernival dan Alumni adalah satu bentuk program yang diadakan bagi membuat promosi untuk menambah bilangan kanak-kanak TABIKA KEMAS seluruh Negeri Perak. Ianya dilaksanakan berdasarkan 6 kategori tunjang pembelajaran dan pengajaran yang diajarkan di seluruh Tabika KEMAS. Antaranya adalah Sains dan Teknologi, Bahasa dan Komunikasi, Main Peranan, Galeri Seni Kanak-kanak, Pusat Kreativiti dan Estetika serta Kerohanian, sikap dan nilai.




Pada kali ini ia telah diadakn di Kuala Kangsar, di Lembah Persisiran Sg. Perak, Kuala Kangsar pada 13 dan 14 Disember 2014. Program telah di rasmikan oleh Ahli Parlimen Kuala Kangsar dan diiringi oleh Tn. Hussin Sidek, Penolong Pengarah Operasi 1 KEMAS Perak. Turut sama hadir adalah Tn. Ahmad Kamal Idris b. Hj. Mohd Nawawi, Pengarah KEMAS Negeri Perak serta Tn. Hj Amiruddin Ariffin dari HQ Putrajaya.






Selain daripada pameran dan aktiviti permainan kanak2, banyak acara dilaksanakan untuk pengunjung yang hadir, antaranya pertandingan chef cilik, pertandingan mewarna, dam ular, baling gelung dalam skital, pertandingan membuat sandwich, permainan air dan banyak lagi aktiviti yang berbentuk pembelajaran melalui permainan.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAHABAT CYBER