Jom Santai @ RTC pada kali ini diadakan bagi Majlis Penyampaian Sijil Bahagian Pendidikan Masyarakat (BPM) KEMAS Negeri Perak bagi tahun 2014, kepada semua peserta kelas-kelas KEMAS seperti Kelas (PKK), Kelas PK(Jahitan, Masakan dan Dandanan Diri) serta kelas komputer. Acara telah diadakan pada 20.12.2014 di RTC Gopeng dan disempurnakan oleh Y.B. Dato' Siti Salmah bt Mat Jusak ADUN Lubuk Merbau.
Tujuan diadakan majlis ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada peserta-peserta yang mengikuti aktiviti-aktiviti KEMAS. Selain dari itu ia bertujuan memupuk semangat kerjasama, sosial dan perpaduan di kalangan masyarakat dan peminpin tempatan serta agensi yang berkaitan. Terima kasih kepada pihak RTC yang sudi meminjamkan tempat untuk kami mengadakan majlias ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan