Memaparkan catatan dengan label Bengkel PemantapanTugas Penyelia BPM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bengkel PemantapanTugas Penyelia BPM. Papar semua catatan

Selasa, 13 Oktober 2015

PENYELIA PENDIDIKAN KEMAHIRAN KEMAS NEGERI PERAK

9.10.2015 Perasmian penutup Kursus Pengurusan Perubahan Penyelia Pendidikan Kemahiran tahun 2015 di PKM Ledang, Johor. Majlis telah dirasmikan oleh YBHG. Dato' Hassan bin Mohd Amin, Ketua Pengarah KEMAS Malaysia. Tahniah semua Penyelia PKem yang hadir kursus terutamanya Negeri Perak, Johor, N.9, Melaka, Selangor dan Wilayah Persekutuan.



Perak telah dihadiri oleh seramai 24 orang Penyelia Pendidikan Kemahiran seluruh Perak. Kursus diadakan bagi memantapkan lagi ilmu dan pengetahuan kepada Penyelia agar segala yang dilakukan selaras dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan.






Ahad, 21 Disember 2014

ACARA TARIKAN PENGUNJUNG RTC


Jom Santai @ RTC pada kali ini diadakan bagi Majlis Penyampaian Sijil Bahagian Pendidikan Masyarakat (BPM) KEMAS Negeri Perak bagi tahun 2014, kepada semua peserta kelas-kelas KEMAS seperti Kelas (PKK), Kelas PK(Jahitan, Masakan dan Dandanan Diri) serta kelas komputer. Acara telah diadakan pada 20.12.2014 di RTC Gopeng dan disempurnakan oleh Y.B. Dato' Siti Salmah bt Mat Jusak ADUN Lubuk Merbau.




Tujuan diadakan majlis ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada peserta-peserta yang mengikuti aktiviti-aktiviti KEMAS. Selain dari itu ia bertujuan memupuk semangat kerjasama, sosial dan perpaduan di kalangan masyarakat dan peminpin tempatan serta agensi yang berkaitan. Terima kasih kepada pihak RTC yang sudi meminjamkan tempat untuk kami mengadakan majlias ini.












Selasa, 7 Januari 2014

Bengkel Pemantapan Tugas Penyelia Unit BPM KEMAS Perak Bil 01/2014

Bengkel Pemantapan Tugas Penyelia Unit BPM KEMAS Perak Bil 01/2014 di PKM Bukit Gantang pada 06 Januari 2014. Antara program dan atucara yg dijalankan adalah

1. Demonstrasi Puding dwi warna dan Tart Buah-buahan di laksanakan oleh Pn. Ayu Wardalina Penyelia BPM dri Bagan Serai.

2. Mesyuarat Unit BPM bil 01/2014

3. Taklimat dan amanat dari Pengarah KEMAS Negeri Perak bagi tahun 2014

4. Majlis perpisahan Pn. Faizatul Sharina ( KEMAS Negeri Operasi 2) dan Pn. Saifulizam (Penyelia BPM Tapah)

SAHABAT CYBER