Sabtu, 16 Mei 2015

JELLY KELAPA MUDA

Kelas PKK Kg. Sadang....Tenaga Pengajar Pn. Ramalah bt Jidi, demonstrasi ari ne JELLY COCONUT... segarnya ayo kelape mude....arrrggghhhhhh best minom dgn ais lak..hahahahahaha terima kasih akak2, adik2, makcik2 yang sudi datang belajo di kelas kemas...... resipi ne sesuai meno memandangkan cuaca  betul-betul panas dua tiga menjak ni, tekak pulak nak makan bende-bende yang sejuk je. Jom kita buat sesame. 





Bahan-bahan (lebih kurang 13 cup)

1 paket agar2 serbuk (10gm)
2.6 liter air kelapa ~ guna air dr 3 bj kelapa muda
isi kelapa muda ~ boleh kaup guna sudu atau sagat
11 sudu besar gula ~ terpulang pd citarasa 
3 helai daun pandan

Cara-cara

Masukkan air kelapa muda, serbuk agar2, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
Masaklah hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda. Padamkan api. Biarkan sejuk sedikit dan boleh lah dimasukkan kedalam bekas yg disukai.
Sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk bolehlah dimakan.
# sekiranya air kelapa muda tidak mencukupi, bolehlah ditambah dgn air biasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAHABAT CYBER