Khamis, 11 Jun 2015

CERAMAH AGAMA - NISFU SYAABAN 1436H

Progran Ceramah Agama Sambutan Nisfu Syaaban di DOR Kg. Tua, Belanja Kiri 09.06.2015 / 22 Syaaban 1436H. Penceramah jemputan AlFadhil Ustaz Khairul b. Abd Karim, Guru Agama Sekolah Rendah Seri Pangkor. Perasmian telah disempurnakan oleh Hajah Zaharah bt Hj. Ahmad, Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Parit, turut mengiringi Ustazah Norashidah, Ustaz Yaakob dan En. Azmi, Ketua Kampung Tua Belanja Kiri. Terima kasih kepada semua peserta yang hadir ke majlis ilmu ini. Semoga beroleh kebaikan dan dilimpahkan rezeki olehNya...amin....







Program Ceramah Agama Sambutan Nisfu Syaaban di Dewan Orang Ramai RPA Gelong Pepuyu 23 Syaaban 1436/10.06.2015 (Rabu)... Penceramah jemputan adalah AlFadhil Ustaz Mior Abdul Syukor b. Kassim, Penyelia Bina Insan KEMAS Parlimen Gerik. Perasmian disempurnakan oleh Pn. Normalina bt Abdul Manap, Pegawai KEMAS Daerah Perak Tengah. Turut mengiringi adalah Ustazah Norashidah, Ustaz Yaakob dan Penyelia pelbagai jurusan yg turut hadir. Terima kasih kepada semua peserta yg hadir ke Majlis Ilmu pada petang yang barakah ini....alhamdulillah hujan gerimis turut menemani sepanjang majlis ilmu ini...Syukran, Ramadhan sudah menghampiri, 8 hari lagi.....insyaAllah... 











Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAHABAT CYBER