Selasa, 9 Jun 2015

HARI POTENSI TABIKA KEMAS NEGERI PERAK 2015

KEMAS Parlimen Gerik telah dipilih sebagai tuan rumah bagi Hari Potensi Tabika KEMAS Negeri Perak bagi tahun 2015. Acara telah diadakan di Kolej Vokasional Gerik pada 06 Jun 2015 jam 7.00 pagi. Pelbagai kategori dipertaruhkan oleh semua kontigen Zon bagi mewakili Zon masing-masing.

Zon A - Kerian dan Larut Matang Selama
Zon B - Kuala Kangsar dan Hulu Perak
Zon C - Perak Tengah dan Manjung
Zon D - Kinta dan Kampar
Zon E - Hilir Perak dan Batang Padang

Perasmian PEMBUKAAN HARI POTENSI TABIKA KEMAS NEGERI PERAK 2015 telah disempurnakan oleh YB. Dato' Hasbullah bt Hj. Osman, Ahli Parlimen Gerik. Perasmian PENUTUPAN pula telah disempurnakan oleh YB. Haji Mohd Tarmizi Bin Idris, ADUN Kenering.

Keseluruhan kemenangan Hari Potensi Tabika KEMAS Negeri Perak telah di menangi oleh ZON D..... Juara bertahan berturut-turut.......tahniah semua!!!

Taklimat disampaikan kepada semua kontigen mengenai maklumat Hari Pontensi pada 6/6/2015






Penyerahan bag kepada Semua Ketua Kontigen Zon



Kontigen telah siap sedia seawal jam 7.00 pagi dan bersiap sedia untuk acara perasmian pembukaan Hari Potensi Tabika KEMAS Negeri Perak. Perasmian akan disempurnakan oleh YB. Dato' Hasbullah b. Hj. Osman, Ahli Parlimen Gerik. Turut mengiringi adalah YB. Salbiah Mohamed, Tn. Ahmad Kamal Idris b. Hj. Mohd Nawawi, En. Hussin Sidek, Cik Soleha dan pegawai-pegawai KEMAS Negeri.










Jawatankuasa Olahraga Potensi KEMAS Perak 2015










Bendera Kemegahan KEMAS Negeri Perak

Semua kontigen membuat perbarisan kehormat dihadapan dif-dif jemputan. Maskot juga digunakan bagi mewakili Zon-zon yang bertanding. Juara bagi MASKOT adalah Zon E yang mewakili Daerah Batang Padang dan Hilir Perak. Tahniah adik MASKOT Seladang!!

Juara MASKOT dimenangi oleh ZON E!!!!!! tahniah adik.....MASKOT SELADANG!!






Maskot Zon A - Daerah Kerian dan LMS.... Maskotnya Bee

Yb. Dato' Hasbullah b. Hj. Osman turut diiringi oleh Pengarah KEMAS Perak, Tn. Ahmad Kamal Idris b. Hj. Mohd Nawawi turun padang melawat semua ahli perbarisan kontigen dan menyerahkan piala dan sijil kepada semua perbarisan kontigen. Tahniah adik2...












Yb. Dato' Hasbullah b. Hj. Osman turut melawat kesemua acara padang dan bergambar kenangan dengan atelit-atelit yang bertanding. Antara acara yang dilawati adalah Footsal, Bola Jaring, Formula One, Olahraga dan Rounders.







Terimakasih kepada Jabatan Pertahanan Awam yang sentiasa siapsiaga jika ada yang mengalami kecederaan. 



Acara telah dimulakan dan kelihatan pelbagai gelagat penyokong dan pemain dan bermacam-macam kerenah menyokong anak-anak. Selamat berjaya semua!!! yipiiii....



























Acara Galah Panjang....kedudukan yang agak jauh dari padang utama...jenuh nak belari tengok depa..










En. Azmi Ismail..... Mc paling meriah dari KEMAS Pasir Salak...







JUARA KESELURUHAN DI MENANGI OLEH ZON D!!!!!!!!!!!! KINTA KAMPAR...YIPPIIIIII








Bersama bos BPM - Tn. Haji Mohamad Hussin, Pen. Pengarah Operasi 2, KEMAS Negeri Perak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAHABAT CYBER