Selasa, 3 November 2015

KOSPEN MENANGANI BEBAN PENYAKIT NCD

Pelancaran KOSPEN Kg. Senin dan Kg. Kota Pagar, 25.10.2015 di DOR Kg. Senin, Layang2 Kanan....Program telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Parit, YB. Dato' Hj. Mohd Zaim b. Abu Hassan..... terima kasih cikgu Mujako dan cekgu Salbiah Salleh...wakil KOSPEN dari KEMAS Parit........


Kospen merupakan pendekatan terbaik yang dilaksanakan kerajaan dalam menangani beban penyakit NCD yang semakin meningkat melalui usaha meningkatkan kesedaran untuk membudayakan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

Inisiatif Kospen yang dimulakan bersama KEMAS akan dipanjangkan kepada agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Rukun Tetangga agar capaian aktiviti saringan kesihatan dapat dilaksanakan secara meluas pada masa depan.



Masyarakat juga harus mempunyai kesedaran serta tanggungjawab terhadap penjagaan kesihatan diri sendiri dan keluarga dengan mengamalkan gaya hidup sihat agar menjadi contoh kepada anak-anak dengan harapan tingkah laku tersebut menjadi amalan seharian sehingga hari tua mereka.

Kejayaan mengurangkan penyakit NCD bukan sahaja memberi manfaat kepada individu itu sendiri tetapi turut dapat mengurangkan perbelanjaan kerajaan yang diperuntukkan merawat penyakit tersebut dalam jangka masa panjang.






Pelancaran KOSPEN Kg. Aji dan Kg. Pulau Pisang 26.10.2015 di DOR Kg. Bota Kiri...terima kasih kepada semua yang hadir dan mengecek tahap kesihatan masing2...... bak kata pepatah, mencegah lebih baik....... semoga kita menjaga kesihatan untuk hidup yang lebih sihat......





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAHABAT CYBER