Khamis, 5 November 2015

KURSUS PENYEMBELIHAN BINATANG

Kursus Penyembelihan Binatang (Dun Bota) di Kg. Kuchai, pada 05.11.2015 (Khamis). Program telah dirasmikan oleh ADUN Bota, YB. Dato' Nasarudin Hashim. Pengisian dalam Kursus Penyembelihan hari ini adalah teori penyembelihan dan praktikal penyembelihan.  





Penceramah jemputan adalah Ustaz Fakaruddin bin Hassan Basri - Auditor Halal Unit Pengurusan Halal JAIP. Kehadiran peserta adalah seramai hampir 80 org, turut hadir bersama adalah ketua kampung berhampiran dan masyarakat setempat. Masakan adalah secara gotong-royong kampung.




Sebanyak 15 ekor ayam dan seekor kambing telah disembelih oleh para peserta bagi mempelajari kaedah2 yang disarankan oleh Islam, alhamdulilah semua lulus...tahniah semua peserta.







Kursus ini juga dapat memberi peluang kepada anak-anak muda kampung untuk menimba ilmu yang berkaitan dengan syariat Islam dan memberi pendedahan secara teori dan amali kepada peserta mengenai kaedah penyembelihan binatang yang disarankan oleh Islam.






Kursus diadakan bagi memberi pengetahuan dan pendedahan kepada peserta tentang kaedah penyembelihan yang selari dengan syariat Islam. Selain daripada itu, ia juga boleh meningkatkan kesedaran masyarakat Islam dalam kepentingan memilih makanan yang sihat, bersih dan halal. 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAHABAT CYBER