Jumaat, 6 November 2015

LAWATAN BERSAMA 5 BUAH TABIKA KEMAS

Lawatan sambil belajar gabungan dari 5 buah Tabika KEMAS, antaranya TBK KEMAS Simpang Tiga, TBK KEMAS NKRA Bandar Universiti 1,2 dan 3 serta TBK KEMAS Kompleks Pertanian. Lawatan telah dilakukan pada 03.11.2015 ke Balai Bomba Seri Iskandar, Balai Polis IPD Seri Iskandar dan Kilang Roti Segar, Titi Gantong. Tujuan lawatan untuk mendedahkan kanak-kanak tentang pekerjaan ahli Bomba dan anggota Polis serta merasai pengalaman sebagai Bomba dan Polis. Seramai 85 orang kanak2 dan cikgu2 menyertai lawatan ini.







Nampaknya ramai adik2 yang nak jadi Bomba sebab dapat pakai baju dan naik kerete bomba...hehehehhe.......Moga dengan adanya lawatan ini dapat memberi pendidikan dan pengajaran kepada adik2 betapa bahayanya jika bermain api serta cara2 menyelamatkan diri jika berlaku kebakaran. Selain itu juga adik2 telah diberitahu dan diingatkan jangan sesekali bermain dengan membuat panggilan kecemasan palsu yang selalu dilakukan oleh kanak2. Kerana jika berlaku tindakan tegas akan diambil kepada ibubapa dan penjaga....



 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAHABAT CYBER