Khamis, 10 Disember 2015

JOM BUAT KEK COKLAT MOIST


Pagi ni, saya nak share resepi Kek chocolate moist yang malahap tekak dan jiwaku ini. Saya suka buat dalam mangkuk yg kecik2.. makan dengan sudu... huuhhhh mmg sedap. Kalau nak bakar pun boleh, tapi untuk dapatkan kek yg betul2 moist, kena kukus. Cara pun mudah, guna blender jek. Saya izinkan share di wall rakan2 fb ya agar resepi tak hilang. Terima kasih untuk adik tersayang yang tetap bersabar walaupun saya sering mintak resepi ni sebab tak save. Jom kita try buat, mesti jadikkk

KEK CHOCOLATE MOIST


BAHAN A
1 cawan gula pasir
1 cawan koko
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak

BAHAN B
3/4 cawan tepung gandum
1 sdt bicarbonate of soda
1 sdt baking powder

BAHAN C
4 Biji telur di blend hingga kembang
1sdt essence vanilla

Satukan semua BAHAN A dalam periuk. Masak dengan api yg kecik sambil sentiasa kacau. Bila mendidih, tutup api, Tunggu hingga sejuk sedikit, masukkan BAHAN B & C secara berselang seli. Kacau rata. (Saya blend jek). Masukkan dalam mangkuk kecik2,anggaran separuh dari bekas sebab adunan akan naik bila dikukus dan kukus hingga masak. Pastikan air kukusan dah mendidih ya, baru kukus kek kita ni. Kukus dlm anggaran 10-15min. Tutup penutup pengukus dengan kain agar air wap tidak menitik.
Bila dah masak, sejuk kan baru dituang topping.

# saya memang guna HANYA 3/4 CAWAN TEPUNG SAHAJA... saya tak salah type.. 3/4 cawan tepung bersamaan dengan 96gm

TOPPING CHOCOLATE CAIR 
1 cawan koko
1 cawan susu pekat
1 1/2 cawan minyak
1/2 cawan susu cair dipanaskan

Campur semua bahan, kacau rata

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAHABAT CYBER