Khamis, 10 Disember 2015

MODEL CILIK AKKSI 2015

Sesi photografi oleh pelatih di Akademi Kemahiran KEMAS Seri Iskandar, anak-anak jadi model pakaian rekaan mereka..... chanteq2 semuanya... cute gurls n boys!!!!

Untuk pengetahuan ramai,

Program Kemahiran Jahitan yang ditawarkan di Akademi ini adalah cetusan idea daripada YB Dato' Seri Abd Aziz Shamsudin, mantan Menteri KKLW, supaya diwujudkan satu intitut latihan kemahiran jahitan yang diiktiraf hingga tahap diploma bagi membantu peserta jahitan luar bandar tingkatkan kemahiran dan berdaya saing untuk menjadi seorang usahawan berjaya.

dilaksanakan dengan kerjasama kementerian sumber manusia,UITM, Kementerian Pelajaran, Pusat-pusat bertauliah, KEDA, JHEOA, Kementerian Belia & Sukan dan lain-lain.





OBJEKTIF
menambah bilai kemahiran masyarakat luar bandar
membangun modal insan luar bandar
ke arah pembangunan 2020 dan 2057
mewujudkan sinergi latihan di antara agensi di bawah KKLW dan lain-lain agensi.

SIJIL YANG DITAWARKAN
terdapat 3 program yang ditawarkan iaitu:-
Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2
Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3
Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4

KELAYAKAN PESERTA:-
Hadir dengan jayanya dalam program bengkel jahutan KEMAS
peserta pusat latihan JHEOA yang memiliki SKM Tahap 1 dalam bidang berkaitan
Peserta KEDA yang memiliki SKM Tahap 2 dalam bidang berkaitan
lain-lain peserta yang layak dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan.

PUSAT LATIHAN
SKM Tahap 1 dalam bidang pembuat pakaian wanita-latihan di semua bengkel jahitan KEMAS
SKM Tahap 2 dan 3 Pembuat Pakaian Wanita-Insititut Latihan KEMAS Seri Iskandar,Perak
DKM Tahap 4 Eksekutif Apparel Dan Pakaian-Institut Latihan KEMAS Seri Iskandar,Perak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAHABAT CYBER