Rabu, 10 Februari 2016

MESYUARAT AGONG TABIKA 2016

Mesyuarat Agong TBK Lambor Kiri, dihadiri oleh Penyelia Kanan KEMAS Parit Hjh. Zaharah dan Penyelia Pra Sekolah Pn. Salbiah bt Mohd Salleh. Bacaan doa oleh Ustaz Aznawi bin Amri. Terima kasih kepada semua ibubapa yang hadir, turut diadakan cabutan nombor bertuah untuk semua yang hadir petang ini. 

Mesyuarat Perlantikan Jawatankuasa Tabika KEMAS Lambor Kiri bagi tahun 2016


Kepada yang telah dilantik sebagai AJK Tabika bagi tahun 2016 selamat menjalankan tugas dan amanah yg telah dipertanggungjawabkan....."Majulah Tabika Kampungku"...muah... terima kasih cekgu Norhaniza.




Kepada semua ibubapa yang datang petang ini, hadiah cabutan bertuah menunggu anda, terima kasih semua yang hadir. Semoga aktiviti anak-anak dan tabika dapat kita laksanakan dengan kerjasama dan kerja dalam 1 pasukan.


*********************************************************************************

06.02.2016 - Mesyuarat Perlantikan AJK Tabika KEMAS NKRA Kg. Kota Pagar. Kehadiran seramai 20 orang. Terima kasih semua ibubapa yang hadir. Kepada yang telah dilantik menjadi AJK selamat menjalankan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Semoga Tabika kita pada tahun ini menjadi Tabika contoh untuk semua dengan kerjasama dan semangat kerja berpasukan, insyaAllah.... Turut hadir, Ketua Kampung Kota Pagar, En. Muhammad Huzaizi b. Harun. Terima kasih cekgu Mujako dan semua yang hadir.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAHABAT CYBER