Rabu, 10 Februari 2016

PROMOSIKAN DEME #hashtag MEDIA 2016

Mesyuarat Kewartawanan Bil.1/2016, telah diadakan pada 05.02.2016 di PKM Sg. Siput. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tn. Ahmad Kamal Idris b. Hj Mohd Nawawi, Pengarah KEMAS Negeri Perak. 



Antara intipati penting yang disampaikan oleh Pengarah adalah memaparkan berita dengan telus dan memberi gambaran kepada masyarakat aktiviti-aktiviti kemahiran yang di tawarkan oleh KEMAS kepada masyarakat antaranya seperti Pendidikan Kemahiran yang terdiri daripada Kelas Menjahit, Kelas Komputer, Kelas Masakan dan Kelas Dandanan Diri yang ada disetiap Parlimen. 


Unit Media bergambar bersama Pengarah selepai selesai sesi mesyuarat

Media juga disarankan menggunakan komunikasi media dengan sebaik mungkin untuk mempopularkan sesuatu aktiviti kemasyarakatan agar ikatan ukhwah dan kerjasama antara masyarakat dan KEMAS tiada jurang. Turut hadir mesyuarat semua wartawan KEMAS Negeri Perak yang terdiri daripada 24 parlimen.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAHABAT CYBER