Isnin, 13 April 2015

ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)

Bengkel Tabika Zon 2 dan 3 di Tabika KEMAS RPA Changkat Sodang. Tenaga Pengajar petang ni Pn. Siti Suzana Hj Othman. Tugasan petang ini membuat replika penyu untuk alat bantuan mengajar (ABM) di Tabika. Terima kasih cekgu Suzana..


Alat bantu mengajar(ABM) yang mana juga dikenali sebahagian daripada media pengajaran yang ditakrifkan sebagai audia visual dan bahan-bahan yang berkaitan dengannya yang berfungsi dalam perlaksanaan sesuatu pengajaran. Berdasarkan definisi di atas, jelas menekankan alat bantu mengajar sebagai satu elemen yang amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kita selalu beranggapan, penggunaan perkataan di dalam kelas sudah memadai untuk menyampaikan mesej dalam sesuatu pengajaran. Seringkali ramai guru yang berpegang kepada kepercayaan tersebut, ini menyebabkan timbulnya masalah komunikasi guru dengan pelajar. 


Justeru itu, penggunaan ABM adalah berkesan jika pengajaran berdasarkan perkataan bersama-sama dengan gambar atau simbol yang lebih konkrit maknanya kepada pemahaman parapelajar. Misalnya untuk menyatakan konsep “besar”, guru bolehlah menunjukkan satu objek atau gambar yang bersaiz lebih besar daripada gambar atau objek lain. 


Ini dapat digunakan untuk menunjukkan konsep“besar” yang dimaksudkannya. Sekiranya menggunakan perkataan semata-mata, maka sesuatu proses pengajaran tersebut akan lebih bersifat abstrak dan sukar difahami serta tidak dapat memberikan gambaran yang jelas kepada para pelajar.


Dengan menggunakan Alat Bantu Mengajar (ABM) segala bentuk simbol dan komunikasi verbal yang abstrak dapat diperjelaskan. Ini memudahkan para pelajar memahami isi kandungan sesuatu pelajaran. Penggunaan media pengajaran secara betul dan bervariasi juga dapat mengatasi sikap pasif dikalangan para pelajar kerana ia akan menimbulkan minat pelajar untuk belajar, meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar tentang realitisuasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih mengembirakan dan menyeronokan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAHABAT CYBER