Ahad, 12 April 2015

KOSPEN

KOSPEN bertujuan untuk mengadakan pemeriksaan atau saringan untuk penduduk kampung  yang terlibat dengan program KOSPEN dan berumur 18 tahun ke atas. Saringan diadakan 6 bulan sekali untuk penjagaan kesihatan dan bagi mengelak dan mengenalpasti penyakit tak berjangkit seperti kencing manis, darah tinggi kesihatan fizikal dan sebagainya..... alhamdulillah, jagalah kesihatan untuk keluarga dan anak2......hehhehehheh tahniah semua yg menjadi sukarelawan...

Mesyuarat KOSPEN Bil 02/2015 telah diadakan di Pejabat Kesihatan Daerah Perak Tengah pada 08 April 2015




Aktiviti riadah dilaksanakan bagi penjagaan stamina dan kesihatan penduduk kampung agar sentiasa berterusan dan mengekalkan kesihatan di tahap yang optima. Pemakanan juga dijaga seperti pengambilan karbohidrat, protein, lemak, gula, garam dan sebagainya. Kepada kampung yg dah berjaya melaksanakan aktiviti KOSPEN semoga dapat meneruskan aktiviti ini secara bulanan agar dapat mengekalkan kesihatan setiap masa..insyaAllah....



Untuk renungan kita bersama...

DIET Sihat: Cara selamat kurangkan berat badan
Individu jalani program diet boleh nikmati makanan kesukaan dalam kuantiti berpatutan PERASAAN bersalah makan apa saja mengikut selera atau apa saja diinginkan, sering membelenggu kebanyakan daripada kita yang berazam menguruskan badan dan mendapatkan potongan bentuk tubuh menarik. Kebanyakannya bimbang jika makanan itu diambil ia akan melanggar 'pantang larang' diet, maka hasrat untuk menguruskan badan mungkin tidak akan tercapai. Selain itu, ada juga segelintir individu biarpun terlalu mengidam makanan disukai, takut-takut untuk mengambil dan memakannya sehingga terpaksa memendamkan keinginan, apatah lagi ketika itu dirinya sedang mengikuti program pelangsingan badan. 

Perunding Pemakanan, Dr Zawiyah Hashim, berkata membentuk pelan makanan sihat, betul dan teratur adalah antara jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah seumpama itu. Malah, individu berkenaan bukan saja tidak perlu risau mengenai kenaikan berat badan, tetapi juga penjagaan kesihatan dirinya. Beliau berkata, lazimnya sebagai perunding makanan dirinya tidak akan sama sekali menyatakan sesuatu makanan itu baik atau pun tidak untuk seseorang itu. 

Sebaliknya, menganggap hampir semua makanan boleh diambil jika individu itu sendiri teringin, tetapi pada masa sama hendaklah memastikan ia diambil dengan kadar yang betul dan tepat. “Jika sedang mengamalkan diet untuk menguruskan berat badan anda masih boleh makan nasi lemak jika mengidam memakannya. Tetapi adalah lebih baik jika ia diambil dengan sayur dan sedikit ikan bilis. Mungkin juga ada yang teringin makan nasi lemak itu bersama dengan rendang daging atau sotong, makanlah tetapi biar dengan kadar berpatutan. “Janganlah pula ambil lauk sotong dan daging serentak semata-mata anda ingin menikmati kedua-duanya. Apa kata, hari ini makan nasi lemak dengan sotong, manakala esok harinya bolehlah makan bersama dengan rendang daging atau ayam. Elakkan menu seperti itu diambil setiap hari dan anda mungkin boleh mencuba makanan yang lain. Begitu juga dengan roti canai jika hidangan terlalu besar, bolehlah berkongsi. .

 Beliau berkata, secara umum tiada menu khusus setiap hari untuk menjaga dan mengurangkan berat badan. Bagaimanapun, pelan pemakanan yang dirangka perlulah mengambil kira sepanjang hari dan bukannya pada waktu tertentu saja. Ini bermakna, ia mestilah bermula dengan makanan untuk sarapan pagi hinggalah pada waktu makan malam. Dr Zawiyah berkata, ada individu yang sengaja tidak mengambil sarapan dan lebih suka menggabungkan waktu makan pagi bersama dengan makan tengah hari. Kononnya, amalan pemakanan seperti itu boleh mengurangkan pengambilan makanan yang berlebih-lebihan kerana beranggapan sekurang-kurangnya satu tempoh waktu makan sudah dapat dielakkan. 

Teori itu sebenarnya tidak tepat, beliau berkata sebaliknya tanpa disedari individu berkenaan ada kemungkinan mengambil lebih jumlah makanan daripada sepatutnya. Membiarkan perut kosong dalam tempoh panjang terutama selepas semalaman tidur dan tidak mengambil sebarang sarapan pada keesokan harinya boleh menyebabkan seseorang itu berasa lapar. Lalu, tidak mustahil apabila makan seleranya begitu tinggi dan tanpa sedar mengambilnya secara berlebihan. “Makan tengah hari juga tidak boleh ditinggalkan kerana sepanjang hari bekerja anda mungkin berasa penat. Setiap hari anda perlu pastikan mendapat karbohidrat, protein dan air kerana tubuh memerlukan semua itu. Mendapatkan makanan seimbang adalah penting dan kita perlu tahu apa yang tubuh perlukan.

 Tubuh manusia ini sama juga seperti kereta yang perlu diisi minyak dan dijaga setiap masa. “Oleh itu makanlah secukupnya dan berhenti apabila kenyang. Kadang-kadang sukar untuk jelaskan macam mana hendak buat, tetapi anda seharusnya tahu mengenai hal itu kerana ia adalah tubuh dan berkaitan dengan kesihatan diri sendiri,” katanya.

ikhsan dari internet...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAHABAT CYBER