Sabtu, 11 April 2015

"MENCARI WAN JUNIOR"

Pagi ne aktiviti pemilihan untuk pasukan Footsal KEMAS Parit "MENCARI WAN JUNIOR". Aktiviti di jalankan di padang IPD Perak Tengah dengan motto nya tahun ini  "MENCARI WAN JUNIOR". Simbolik nama ini diambil kerana di dalam KEMAS Parit ada seorang pemain bolasepak KEMAS Perak yang telah bermain dengan KEMAS Perak selama 1 tahun iaitu WAN MOHAMAD RIDZWAN B. KAMARUZAMAN Pemaju Masyarakat GDW KEMAS Parit. Bakat pencarian diteruskan bagi melahirkan pemain-pemain bagi mewakili KEMAS Parit untuk mengikut jejak langkah Wan. 



calun-calun untuk "PENCARIAN WAN JUNIOR"




"PENCARIAN WAN JUNIOR" masih diteruskan setiap hari selagi belum dijumpai betul-betul bakat yang boleh bermain footsal.........ketika ini masih samar-samar, siapakah bakal WAN JUNIOR....kita nantikan bersama yer........






alkisahnya MENCARI RAMLI........kerana..

KEJAYAAN dan kemasyhuran yang dimiliki dua pemain bola sepak negara, Safee Sali dan Khairul Fahmi Che Mat (Apek), menjadi inspirasi kepada peminat bola sepak negara terutama remaja. 

Mereka ingin menjadi seperti mereka berdua, mahu berjaya dan dikenali ramai. Impian itu tidak mustahil akan berada dalam genggaman dengan kegigihan, usaha dan kerja keras. 

Apabila bercakap mengenai bola, ingatkah anda kepada Ramli, anak muda yang berjaya membuatkan bapanya dan seluruh rakyat Malaysia bangga apabila terpilih menyertai pasukan bola sepak antarabangsa terunggul iaitu Manchester United (MU)? 

Kisah kejayaan Ramli dalam iklan popular Telekom Malaysia (TM) tidak lama dulu mungkin rekaan semata-mata, namun kini TM dengan kerjasama TV9, mengambil inisiatif merealisasikannya menerusi segmen realiti yang diberi judul Mencari Ramli yang akan mula bersiaran pada 30 April ini, setiap Isnin, jam 9.30 malam melalui program Kaki Bola (TV9).


#majulahsukankemasparit
#mencariwanjunior

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAHABAT CYBER