Jumaat, 10 April 2015

OBJEKTIF UTAMA BAHAGIAN PENDIDIKAN MASYARAKAT

Demonstrasi Masakan Roti Poket Doremon kali ini adalah di Kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga Kg. Paloh... kehadiran peserta hari ini seramai 32 orang, semuanya exicted nk buat roti magik ne.....sedap, rangup, macam2 boleh isi, nk isi aikrim pun bley, nk isi milo pun bley, x nk isi apa2 pun bley...... kalau lagi rajin bley buat jualan petang2 makan semasa panas lagi ummpphhhhh!!!! perghhhhhhh wik wik wik.......terima kasih cekgu Junaidah Yusuf.


Objektif utama Bahagian Pendidikan Masyarakat adalah untuk

1. Memberi bimbingan dan kemahiran dalam jurusan jahitan, sulaman, kraf, masakan dan pengurusan     ekonomi kepada wanita, belia dan beliawanis.
2. Memberi pengetahuan dan latihan kemahiran computer untuk meningkatkan tahap penguasaan           teknologi semasa dalam era globalisasi.
3. Memberi pendidikan asas 3M (membaca, mengira dan menulis) serta bimbingan kemahiran bagi         golongan tercicir daripada pendidikan non-formal.
4. Memberi pendidikan tentang peranan wanita dalam mengukuhkan institusi keluarga, masyarakat         seterusnya membangunkan negara dalam bidang social, ekonomi dan siasah berteraskan kehendak     agama.
5. Memupuk budaya membaca kea rah peningkatan pengetahuan dan kemahiran membaca.



Selain daripada itu, misi utama adalah untuk membawa perubahan sikap masyarakat melalui aktiviti dan perkhidmatan yang dilaksana. Memberi bimbingan dan didikan secara non-formal kepada masyarakat luar Bandar disamping itu juga bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan penguasaan teknologi terkini supaya masyarakat luar Bandar bijak menguruskan sumber ke tahap optima.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAHABAT CYBER