Khamis, 16 April 2015

APRON HARMONISTA

Bengkel Bahagian Pendidikan Masyarakat (BPM) telah diadakan pada 10.04.2015 di Bengkel Jahitan KEMAS Kg. Sepakat Jaya. Bengkel hari ini tenaga pengajar adalah Pn. Meriam bt Ismail Pemaju Masyarakat Pendidikan Kemahiran (Jahitan). Tajuk bengkel hari ini adalah Cara-Cara membuat APRON HARMONISTA.


Apron hari ini diberi nama "APRON HARMONISTA" sebab colourfuĺl..... so arine kita dah tahu cara-cara nk menjahit apron...terima kasih cekgu Merry. Seramai 3 orang dari unit Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK) terlibat di dalam bengkel ini.

 
Ini lah hasilnya apron yang telah kami buat. Cantik dan berwarna-warni kalernya. Bukan apa untuk menambahkan minat memakai apron macam-macam boleh kita letakkan contohnya, butang, bunga, riben, list, renda dan macam-macam lagi, janji kreatif dan inovatif..hahaha...


Mengikut sejarah, perempuan memakai apron untuk melindungi pakaian mereka ketika melakukan kerja rumah, seperti memasak, mengemas rumah, dan mencuci. Tapi akhirnya mereka menjadi kreatif, dan membuat apron mereka sendiri dengan bermacam-macam fesyen. Namun, beberapa dekad kemudian apron tidak digunakan, lebih-lebih lagi munculnya mesin basuh. Kebanyakkan wanita di masa itu telah ramai yang bekerja, bahkan mereka yang tinggal di rumah tidak perlu lagi melindungi pakaian mereka seperti dulu.


Hari ini, apron adalah untuk fesyen sama ada untuk wanita atau lelaki. Ada banyak gaya apron bagi wanita untuk mengenakan. Salah satu perbezaan ialah apron bib dan apron pinggang .Apron bib meliputi kedua-dua bahagian atas dan bawah tubuh, menawarkan perlindungan yang lebih dari apron pinggang, yang hanya merangkumi bahagian bawah. Corak nya termasuk bunga, buah, garis-garis,bintik-bintik, dan lain-lain,sering juga dihiasi dengan ruffles,pita, renda, dan butiran feminin dan juga didatangi dengan pelbagai warna. Walaupun wanita sekarang tidak selalu memakai apron seperti dulu, sedikit hiasan ini dapat memberikan gaya feminin kita memakainya.


Di zaman sekarang ini lelaki lebih ramai menjadi tukang masak. Apron bagi lelaki pula tujuan utama hanyalah untuk melindungi diri mereka didapur. Apronnya lebih panjang dan tidak bercorak. Begitulah sedikit sebanyak mengenai sejarah apron yang diketahui.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAHABAT CYBER