Khamis, 16 April 2015

KHASIAT AIR BERAS


1) Air basuhan beras yang pertama

Air basuhan pertama juga, boleh digunakan untuk mencuci ikan, ayam untuk menghilangkan bau hanyir yang ada pada ikan dan juga ayam. Ia juga boleh digunakan untuk membasuh sayur-sayuran untuk menghilangkan kekotoran dan juga ulat yang ada pada sayur. Air ini juga boleh dijadikan baja pokok kerana ia akan berbuah lebat. Contohnya, pokok cili dan lain-lain jika anda ada menanam pokok di rumah.

Setelah membasuh beras untuk memasak nasi, air tersebut jangan dibuang kerana ia mempunyai khasiat yang berguna. Kita boleh guna untuk bilas ikan-ikan yg sudah disiang untu dimasak, khasiatnya adalah untuk menghilang bau hanyir ikan-ikan tersebut. Dan lepas cuci ikan jangan dibuang terus air cucian ikan tersebut kerana ianya boleh dibuat siraman pokok bunga , pokok bunga akan subur dan berbunga (sesuai untuk pokok bunga ros ( mawar).

Sesuai kalau kita siramkan pokok tanaman kita seperti cabai( cili ), terung dan sebagainya kerana buahkan akan menjadi lebat dan tidak dimakan ulat. Air beras tersebut boleh juga kita buat remdam sayur-sayuran yang akan potong untuk memasak untuk mehakiskan kesan-kesan racun sayur pada dan-daun sayur tersebut.

Selain daripada itu, bagi anda yang mengalami tekanan darah tinggi, air beras basuhan yang pertama boleh diminum untuk mengurangkan tekanan darah. Minumlah sekurang-kurangnya dua kali seminggu.



2) Air basuhan kedua

Untuk wanita yang inginkan kulit putih, gebu dan mulus semulajadi, ambil air beras basuhan kedua untuk membasuh muka. Ia juga amat sesuai buat mereka yang mempunyai kulit sensitif dan berjerawat. Air ini juga dapat menyerikan wajah, bagi orang Islam mereka mengamalkan bacaan selawat sebanyak tiga kali sebelum menyapukan air ke wajah.

Boleh dijadikan mandian bagi menggantikan susu dan juga scrub badan. Ia boleh digunakan begitu sahaja untuk mandian atau anda ingin campurkan dengan bunga-bunga agar lebih wangi dan membangkitkan aura positif di dalam badan. Khasiat air beras untuk dijadikan mandian amat baik untuk kulit kering dan kusam, hilangkan panas badan, mereka yang mengalami gatal-gatal, menghilangkan daki dan sebagainya.

Manakala air beras basuhan kedua dan ketiga pula boleh digunakan untuk membasuh muka agar kulit muka lebih licin dan lembut.Amatlah sesuai untuk muka yang berminyak dan berjerawat, basuh muka setiap kali anda membasuh beras sambil berselawat sekurang-kurangnya tiga kali sebelum membasuh muka. Amalkan sepanjang masa. yang penting muka akan bercahaya dan berseri .

3) Air didihan beras sebelum menjadi nasi

Jika kita ingin minum air beras yang sudah mendidih (air nas ) masukan air lebih secawan atau segelas , bila nasi sudah mendidih lebih kurang tiga kali mengelegak kita cedukkan air didih tersebut masukkan kedalam cawan yang tahan panas dan minum apabila dah suam-suam atau sejuk. 

Air didih ini sangat berkhasiat untuk yang menjaga suara bagi penyanyi atau pembaca Alquran. Amat berkhasiat kepada yang ingin awet muda. amalkan selalu. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAHABAT CYBER