Sabtu, 4 April 2015

GOTONG-ROYONG PERDANA - PENANAMAN POKOK JEJARUM

Siapsiage untuk Projek Gotong Royong Perdana 4.4.2015, Penanaman Pokok Jejarum (Pokok Pecah Periuk, Pokok Siantan, Pokok Ixora)....

Semua Premis KEMAS iaitu Tabika KEMAS, Kelas PKK, Kelas PK, Pusat Sumber dan Kelas Bina Insan yg terlibat.. Program bertujuan mempertingkatkan kebersihan dan keindahan premis supaya ianya terus menjadi persekitaran yg kondusif dan selesa untuk kita menjalankan pelbagai aktiviti.


Program ini juga untuk merapatkan hubungan antara KEMAS dan masyarakat setempat serta meluaskan penglibatkan ibubapa dalam kegiatan tabika anak2. Melaluinya guru2 dan ibubapa serta peserta kelas KEMAS akan lebih perihatin mengenai tanggungjawab dan peranan masing2 untuk membantu mencapai kecemerlangan. 


FAKTA POKOK JEJARUM/IXORA

Ixora sering dikaitkan dengan MPV pertama nasional Proton Exora. Ironinya, nama MPV itu tidak mengambil sempena nama bunga Ixora walaupun ada yang cuba mengaitkannya, lebih-lebih lagi sebutannya hampir sama.

Ixora atau bunga Siantan, juga dikenali sebagai Jejarum. Nama Jejarum diberikan kerana rupa bunga berkenaan sebelum berkembang seakan jarum peniti, manakala di India bunga ini dikenali sebagai Jasmin India Barat.

Bunga yang tumbuhan banyak di Asia dan kini boleh didapati di kawasan tropika di Amerika Selatan dan Tengah termasuk Florida di Amerika Syarikat yang menjadi hiasan pelengkap landskap kediaman dan kota berkenaan.

Selain Ixora, bunga ini juga dipanggil sebagai bunga jarum-jarum, rangan, kheme, ponna, chann tanea, techi, pan, santan, bunga pecah periuk, semarak hutan dan geranium hutan.


Ixora adalah tumbuhan dalam keluarga Rubiaceae, mempunyai bunga kecil yang mekar segugus antara 2 hingga 9 sentimeter yang biasanya menjadi tanaman hiasan renek dan sederhana, selain pilihan utama sebagai tanaman pagaran dan pemisah sempadan.

Pokoknya biasanya boleh membesar sehingga tiga meter dan bunganya boleh didapati dalam pelbagai warna mengikut spesies pokok dari putih, merah, jingga hingga kekuningan.

Pokok Ixora Merah dikatakan berasal dari Pulau Jawa dan spesies yang terbesar dalam keluarga pokok ini. Daun Ixora Merah juga lebih besar dibandingkan dengan Jejarum lain.

Dilaporkan ada lebih 400 spesies Ixora di seluruh dunia dan paling banyak dijumpai di Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Negara Thai dan Singapura.

Bagi negara empat musim dan sub tropika ia biasanya berbunga pada musim panas tetapi di kawasan Tropika ia berbunga sepanjang tahun, tidak mengikut musim. Ia boleh dibiakkan daripada keratan batang atau dari biji benih. Perlu ditanam dalam cahaya matahari yang cukup dengan kadar air yang sederhana.

Ixora Merah sering digunakan penganut Hindu dalam upacara keagamaan dan sudah lama menjadi ramuan dalam perubatan tradisional India terutama merawat penyakit berkaitan keputihan dan cirit-birit.

Akar pokok ini juga dikatakan menjadi ramuan masalah muntah, sedu dan anorexia manakala bunganya menjadi ramuan masalah cirit birit dan keputihan melampau.

Daun dan batang lembutnya sesuai mengatasi masalah kulit, terkehel, melecur, luka atau tercalar manakala air rebusan bunganya sesuai meredakan tekanan, masalah berkaitan haid dan kesan alahan akibat mengandung.

Di Bengal, akar pokok Ixora menjadi ramuan merawat masalah sakit perut manakala di Indo-China rebusan akar pokok ini mengatasi masalah kencing kotor.


Fakta: Spesies Ixora

Ixora finlaysoniana dikenali sebagai bunga eksotik kerana bunganya putih berbau harum dan tumbuh renek. Ia yang banyak dijumpai di Negara Thai

Ixora bukan hanya mempunyai nama yang indah tetapi rupa cantik dan baunya juga harum.

Anda boleh merasakan kemanisan madu bunga Ixora hanya dengan menyedut hujung bunga.

Bunga Ixora juga dijadikan ramuan sebagai perisa dalam makanan tradisional di Asia Tenggara seperti wajik. Baunya yang manis dan sedikit harum menjadikan ia penghias rambut dan pewangi bedak.

Sumber : http://anizyn.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAHABAT CYBER