Pelancaran Program 3K telah diadakan pada 4 April 2015 secara serentak seluruh Negeri perak dan semua premis perlu menanam pokok bunga jejarum atau nama saintifiknya Ixora Javanica sebagai gimik perasmian sebagai menandakan pelancaran tersebut telah bermula. Perlaksanaan penghakiman akan dilaksanakan pada bulan Mei 2015 bagi peringkat Parlimen, bulan Jun 2015 bagi peringkat Daerah dan bulan Ogos 2015 bagi peringkat Negeri.
Pelaksanaan Anugerak 3k bertujuan menjadikan premis KEMAS sentiasa ceria dan bersih. Anugerak 3K KEMAS telah diselaraskan untuk semua bangunan/premis KEMAS yang wujud di Negeri Perak. Bertujuan meningkatkan kesedaran kepada semua Pemaju Masyarakat tentang kepentingan kebersihan, keselamatan dan keceriaan di bangunan tempat bekerja.
Penyelarasan ini juga bertujuan memantapkan lagi peranan kepimpinan masyarakat luar bandar untuk membangunkan modal insan dan sumbangan Ahli Jawatankuasa, serta mewujudkan semangat saing positif dikalangan Ahli Jawatankuasa serta meningkatkan daya usaha untuk menyumbang secara sukarela dan mewujudkan masyarkat yang bersepadu.
KEMAS Perak mengorak langkah untuk mempertandingkan semua premis KEMAS agar kelas sentiasa bersih, selamat dan ceria. Pertandingan 3K pada asalnya dipertandingkan kepada premis prasekolah sahaja, walaubagaimanapun telah lama tidak dipertandingkan sejak tahun 2011. Oleh itu, KEMAS Perak membawa perubahan dengan mengadakan pertandingan 3K melibatkan semua premis KEMAS seperti TABIKA, Bengkel Jahitan, Bengkel Masakan, Kelas PKK dan Kelas PK.
Semoga dengan perlaksanaan program ini akan meningkatkan kualiti dan imej KEMAS yang menyediakan kemudahan pendidikan dewasa dan prasekolah. Ia juga akan memberi motivasi serta meningkatkan kualiti sumbangan Ahli Jawatankuasa dalam membentuk pasukan kerja berkerjasama serta mengukuhkan kepimpinan Jawatankuasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan